Tuesday, January 22, 2013

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan 2013

Majlis penganugerahan watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SMK Senawang 3 telah selamat disempurnakan pada Isnin, 21 Januari 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Senawang 3. Majlis pelantikan telah disempurnakan oleh tuan pengetua SMK Senawang 3.
Pembacaan ikrar pengawas
Dalam ucapannya, tuan pengetua mengingatkan pengawas-pengawas yang dilantik tentang amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan tahap disiplin pelajar-pelajar SMK Senawang 3. Ini boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah, komuniti dan negara. Kecemerlangan sahsiah merupakan kunci utama kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik, koakademik, kokurikulum dan pembangunan  kerjaya.
Tahniah kepada semua yang dilantik

Monday, January 21, 2013

Pertemuan Tiga Penjuru Pertama Batch 5 PMR 2013

Pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 19 Januari 2013, telah diadakan majlis pertemuan tiga penjuru pertama melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3, ibu bapa dan guru-guru SMK Senawang 3. Batch PMR Ke-5 SMK Senawang terdiri daripda 40 orang pelajar akan mengambil peperiksaan PMR yang dijangkakan pada 10 Oktober 2013 nanti.

Pada pertemuan pertama ini, tidak ramai ibu bapa yang hadir, iaitu seramai 20 orang sahaja. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir. Sesungguhnya Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang, IPAC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...