Wednesday, January 29, 2014

Pelancaran Program NILAM Tahun 2014

Majlis pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada Isnin, 27 Januari 2014 bertempat di Pusat Sumber Sekolah.


Wednesday, January 22, 2014

Gotong Royong Perdana Pertama Tahun 2014

Program Gotong-Royong Perdana telah dijalankan pada hari Rabu, 22 Januari 2014. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh menceriakan sekolah dan mempastikan sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk pembelajaran. 

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Borhan
Pelajar SMKTFH yang tekun mendengar

Rajin dan bertanggungjawab

Tahniah...Good Job

Pelajar yang komited kepada sekolah
Lebih banyak gambar kenagan sepanjang program ini berlangsung boleh dilihat di Facebook Sekolah.

Tuesday, January 21, 2014

Perjumpaan 1M1S Pertama Tahun 2014

Program 1Murid 1Sukan, 1M1S pertama bagi SMK Taman Forest Heights aka SMK Senawang 3 telah diadakan pada Selasa, 21 Januari 2014. Memandangkan bilangan pelajar sekolah kita belum ramai lagi iaitu 242 orang, maka pihak pengurusan sekolah telah menetapkan lima sukan teras di bawah program 1M1S Kementerian Pendidikan Malaysia ditawarkan kepada pelajar-pelajar. Lima jenis sukan permainan yang ditawarkan adalah badminton, sepak takraw, softball (bola lisut), bola keranjang, dan bola jaring. Setiap permainan ditetapkan terdiri daripada maksima 50 orang ahli sahaja,

Bola jaring

Softball
Pada pertemuan kali pertama ini, pengundian untuk pelantikan ahli jawatankuasa permainan telah dibuat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terpilih sebagai AJK. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada guru-guru yang dilantik sebagai guru pembimbing. Mulai tahun 2014, pihak sekolah menetapkan wawasan untuk cemerlang dalam bidang permainan softball. Inisiatif telah dimulakan dengan membeli peralatan lengkap yang diperlukan dalam permainan ini. Insya Allah, komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru akan dapat merealisaikan impian ini.

Bola Keranjang

Badminton

Sepak Takraw



Friday, January 3, 2014

Majlis Bacaan Yasin di Premis Baharu

Majlis bacaan Yasin SMK Senawang 3 buat pertama kalinya telah diadakan di pagi Jumaat setelah sekolah berpindah ke premis baharu di Taman Forest Heights. Majlis telah diketuai oleh saudara Janatul Naim bin Mohd Noor dari Tingkatan 3 UIAM. Lokasi majlis adalah di Dataran Ilmuwan bermula jam 7.25 pagi.



Thursday, January 2, 2014

Makluman Waktu Persekolahan Sesi 2014

Untuk makluman pelajar, ibu bapa dan penjaga serta pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders), waktu persekolahan SMK Senawang 3 aka SMK Taman Forest Heights adalah seperti berikut:
Isnin: 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Selasa: 7.30 pagi hingga 4.00 petang (3.00 - 4.00 petang waktu Aktiviti 1Murid 1Sukan)
Rabu: 7.30 pagi hingga 5.00 petang   (3.00 - 5.00 petang waktu Aktiviti Kokurikulum)
Khamis: 7.30 pagi - 2.30 petang
Jumaat: 7.30 pagi - 12.10 tengahari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...