Tuesday, January 27, 2015

Program Outreach ke Global Institute of Studies

Pada hari ini, Selasa, 27 Januari 2015 seramai 42 orang pelajar iaitu 20 orang dari Tingkatan 4 dan 22 orang pelajar Tingkatan 5 telah dijemput melawat Global Institute of Studies, Nilai dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak kolej tersebut.

Ini adalah aktiviti lanjutan daripada sesi ceramah kerjaya yang diberikan oleh pihak kolej kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pada hari Jumaat, 23 Januari 2015 yang lalu di Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights.

Demo Kursus Demi Chef Sijil Kemahiran Malaysia

Berbakat - Tunggu apa lagi....

Dough dah siap!

Majlis Watikah Pelantikan Tahun 2015

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi 2015 telah diadakan pada hari Isnin 26 Januari 2015 di Dewan Sri Siantan SMK Taman Forest Heights.

Ucapan Tuan Pengetua SMK Taman Forest Heights







Bacaan Ikrar oleh pemimpin pelajar



Monday, January 26, 2015

Perhimpunan Rasmi Pertama Dewan Seri Siantan

Perhimpunan rasmi julung-julung kalinya telah diadakan di Dewan Seri Siantan SMK Taman Forest Heights pada hari ini, Isnin 26 Januari 2015. Walau bagaimanapun, Dewan Seri Siantan yang mempunyai sistem kalis bunyi yang terbaik hanya mampu menampung seramai 500 orang pelajar sahaja berikutan daripada keluasannya yang kecil. Dewan Seri Siantan hanya mempunyai dua gelanggang badminton sahaja.

Sebahagian daripada 372 pelajar yang dirakam dalam sejarah sekolah

Perhimpunan yang pertama kali diadakan secara rasmi dihadiri oleh 372 pelajar dan 25 orang guru SMK Taman Forest Heights. Pada perhimpunan rasmi hari ini telah diadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Friday, January 23, 2015

Ceramah Kerjaya Kolej Global Institute of Studies (GIS)

Cermah kerjaya oleh Kolej Global Instute of Studies (GIS), Nilai telah diadakan di Dewan Seri Siantan, SMKTFH pada Jumaat 21 Januari 2015. Pihak GIS juga terlah mengadakan demonstrasi memasak yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Global Institute of Studies.

Objektif ceramah adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights terutama kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima tentang peluang-peluang berjaya di dalam kerjaya-kerjaya yang melibatkan psikomotor. 



Hasil daripada pengisian ceramah ini, dharapkan pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang peluang-peluang pembelajaran dan pekerjaan yang kurang memerlukan pencapaian akademik yang baik.




Wednesday, January 21, 2015

Kejohanan Merentas Desa Ke-9

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah Kali Ke-9 telah dijalankan pada pagi Selasa, 21 Januari 2015 bertempat di persekitaran Taman Forest Heights. Hari ini merupakan cuti peristiwa yang pertama bagi sekolah.

Kejohanan merentas desa kali ke-9 ini lebih meriah lagi berbanding kejohanan yang sama ada tahun lepas. Ini disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah sehingga mencapai 382 orang sehingga hari ini.
Kejohanan kali ini menyaksikan ramai pemenang-pemenang baharu dalam hampir semua kategori peserta iaitu lelaki kelas 1, lelaki kelas 2, perempuan kelas 1 dan perempuan kelas 2.

Tuesday, January 13, 2015

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2015

Hari pertama sesi persekolahan di SMK Taman Forest Heights, Seremban telah berjalan lancar pada hari ini, Isnin, 12 Januari 2015. Seramai 94 orang pelajar Tingkatan 1 telah dialu-alukan oleh guru-guru SMK Taman Forest Heights.

Berikutan daripada keadaan cuaca yang agak mendung pada pagi Isnin ini, perhimpunan rasmi hari pertama sesi persekolahan 2015 telah diadakan di Dewan Terbuka Rafflesia. Dengan kehadiran 94 orang pelajar baharu Tingkatan 1 yang telah mendaftar pada 27 Disember 2014 yang lalu, ini menjadikan bilangan terkini jumlah pelajar SMK Taman Forest Heights mencapai 353 orang.


Dalam ucapannya, tuan pengetua memaklumkan dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah ini menjadikan kekuatan sekolah telah bertambah. Dengan kekuatan ini, pengetua berharap pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights dapat meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Beliau berharap semua warga sekolah dapat menghayati tema sekolah tahun 2015 iaitu Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...