Thursday, September 24, 2015

Kursus VLE FROG 2015

Alhamdulillah, kursus VLE Frog bagi tahun 2015 telah berjaya dijalankan di Makmal Komputer 1 SMK Taman Forest Heights dengan jayanya pada 3 September 2015 (Khamis). VLE Frog merupakan kursus yang pertama diadakan di makmal komputer sekolah yang masih belum lengkap lagi sejak SMK Senawang 3 berpindah ke tapak baharu sekolah pada 3 Disember 2013 yang lalu. Kedua-dua makmal komputer yang sedia ada hanya mempunyai kemudahan penyaman udara dan kabel rangkaian. Tiada kerusi dan meja komputer serta peralatan-peralatan berkaitan yang dibekalkan oleh kementerian walaupun sekolah telah beroperasi selama dua tahun di Forest Heights ini. Namun unit ICT telah berjaya menempatkan kerusi dan meja murid ke Makmal Komputer 1 dan menutup salur udara dengan bunting terpakai untuk mengelakkan pengaliran keluar udara sejuk dari penyaman udara dan sebaliknya, iaitu mengelakkan haba panas masuk ke makmal komputer. Walau bagaimanapun guru-guru boleh menggunakan netbook 1Malaysia yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Tetapi masalah utama yang dihadapi adalah capaian internet melalui Yes yang lemah.
Taklimat disampaikan oleh pengetua sebelum kursus bermula
Puan  Norliza Roslin mengendalikan kursus
Kursus telah dikendalikan oleh admin VLE Frog sekolah yang baharu iaitu Puan Norliza Roslin dibantu oleh tuan pengetua. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah:
  1. Kaedah menyediakan site latihan kepada murid
  2. Menggunakan Words untuk menyediakan latihan murid
  3. Berkongsi sites daripada pengguna lain
Puan Noor Azlina dan Puan Parimala tekun mengikuti latihan
Sebahagian daripada guru menggunakan netbook 1Malaysia
Kursus ditamatkan jam 5.00 petang 3 September 2015. Diharapkan guru-guru telah mendapat kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam menyediakan tugasan kepada murid dan mengetahui kaedah memantau dan menilai pembelajaran murid melalui persekitaran pembelajaran maya ini.
PK Kokurikulum dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...