Wednesday, November 13, 2013

Logo, Visi dan Misi Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia


Unit Komunukasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia pada 6 November 2013 yang lalu di laman moe.gov.my. Rekabentuk Logo baharu KPM dihasilkan oleh Prof. Dato' Dr Ahmad Zainuddin dan Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia).

Huraian dan Rasional Logo
Logo ini direka mengunakan huruf 'Alif' sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf 'Alif' itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua 'P' dan dua 'Alif' melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup 'P' yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Visi Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia / Visi Baharu SMK Senawang 3
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia / Misi Baharu SMK Senawang 3
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...