Thursday, September 24, 2015

Kursus VLE FROG 2015

Alhamdulillah, kursus VLE Frog bagi tahun 2015 telah berjaya dijalankan di Makmal Komputer 1 SMK Taman Forest Heights dengan jayanya pada 3 September 2015 (Khamis). VLE Frog merupakan kursus yang pertama diadakan di makmal komputer sekolah yang masih belum lengkap lagi sejak SMK Senawang 3 berpindah ke tapak baharu sekolah pada 3 Disember 2013 yang lalu. Kedua-dua makmal komputer yang sedia ada hanya mempunyai kemudahan penyaman udara dan kabel rangkaian. Tiada kerusi dan meja komputer serta peralatan-peralatan berkaitan yang dibekalkan oleh kementerian walaupun sekolah telah beroperasi selama dua tahun di Forest Heights ini. Namun unit ICT telah berjaya menempatkan kerusi dan meja murid ke Makmal Komputer 1 dan menutup salur udara dengan bunting terpakai untuk mengelakkan pengaliran keluar udara sejuk dari penyaman udara dan sebaliknya, iaitu mengelakkan haba panas masuk ke makmal komputer. Walau bagaimanapun guru-guru boleh menggunakan netbook 1Malaysia yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Tetapi masalah utama yang dihadapi adalah capaian internet melalui Yes yang lemah.
Taklimat disampaikan oleh pengetua sebelum kursus bermula
Puan  Norliza Roslin mengendalikan kursus
Kursus telah dikendalikan oleh admin VLE Frog sekolah yang baharu iaitu Puan Norliza Roslin dibantu oleh tuan pengetua. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah:
  1. Kaedah menyediakan site latihan kepada murid
  2. Menggunakan Words untuk menyediakan latihan murid
  3. Berkongsi sites daripada pengguna lain
Puan Noor Azlina dan Puan Parimala tekun mengikuti latihan
Sebahagian daripada guru menggunakan netbook 1Malaysia
Kursus ditamatkan jam 5.00 petang 3 September 2015. Diharapkan guru-guru telah mendapat kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam menyediakan tugasan kepada murid dan mengetahui kaedah memantau dan menilai pembelajaran murid melalui persekitaran pembelajaran maya ini.
PK Kokurikulum dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

Friday, August 28, 2015

Program Keibubapaan: Ibu Bapa Cemerlang, Pelajar Gemilang

Pada Sabtu 22 Ogos 2015, telah diadakan satu program keibubapaan Ibu Bapa Cemerlang Pelajar Gemilang telah diadakan di Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights.


Tuesday, August 11, 2015

Kejohanan Olahraga, Balapan dan Padang Ke-9

Kejohanan Olahraga, Balapan dan Padang SMK Senawang 3 telah berjaya diadakan pada hari Rabu, 29 Julai 2015. Kejohanan telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di STAR, (Stadium Tuanku Abdul Rahman) Paroi. Ini merupakan kali kelapan berturut-turut kejohanan balapan dan padang diadakan di Stadium Paroi.



Pada kejohanan kali ini keadaan cuaca adalah sangat terik menyebabkan beberapa pelari yang berlari tanpa kasut sukan mengalami kecederaann. Kejohanan telah ditutup rasmi oleh Encik Fajar bin Aris, Yang Dipertua PIBG SMK Senawang 3.


Friday, June 19, 2015

Ihya Ramadan 1436 H

Alhamdulillah, Majlis Program Ihya Ramadan Tahun 2015 atau 1436 Hijriyah telah disempurnakan oleh tuan pengetua, Haji Hamidon bin Haji Khalid bertempat di Surau An Nur, SMK Taman Forest Heights. 

Dalam ucapan perasmian tersebut, tuan pengetua menjelaskan tentang amalan terbaik yang dilakukan pada bulan Ramadan adalah membaca Al-Quran dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran. Dicadangkan warga sekolah dapat khatam Al-Quran dalam 30 hari iaitu dengan membaca 20 muka surat setiap hari yang bersamaan dengan satu juzuk Al-Quran. Ini dapat dilakukan dengan membaca 4 muka surat setiap solat fardu iaitu 2 muka surat sebelum solat fardu dan 2 muka surat selepas solat fardu. Beliau juga menjelaskan tentang fadilat membca Al-Quran iaitu mendapat pahala bagi setiap huruf Al-Quran iaitu lebih kurang 1700 pahala bersamaan dengan purata 1700 huruf dalam satu muka surat Al-Quran. Di samping itu pengetua mengalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru membanyakkan bersedekah atau infak.

Objektif program Ihya Ramadan adalah:
  1. Mendidik jiwa pelajar ke arah mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan.
  2. Memupuk rasa cinta pelajar terhadap amalan membaca Al-Quran
  3. Menghidupkan syiar Ramadan

Tuesday, April 28, 2015

Penampilan Sulong Kumpulan Nasyid SMK Senawang 3

Pada 5 dan 6 Mei 2015, SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights akan menjadi penganjur Festival Nasyid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Seremban 2. Dan pada julung-julung kalinya pasukan nasyid SMK Senawang 3 yang baru ditubuhkan akan mengambil bahagian di dalam karnival ini. Walaupun turun sebagai underdog, namun sebagai tuan rumah, pasukan nasyid yang baru ditubuhkan ini berusaha dengan gigih untuk mempastikan kejayaan dapat diraih. Dengan sokongan dan iringan doa guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh warga SMK Senawang 3 insya Allah ia dapat direalisasikan.

Latihan-latihan secara serius telah mula dijalankan sejak seminggu yang lepas. Adalah diharapkan segala kesilapan-kesilapan yang dikesan di dalam latihan dapat diperbaiki. Diharapkan juga menjelang pertandingan, pasukan nasyid SMK Senawang 3 akan menjadi lebih mantap dan dapat membuat persembahan yang membanggakan warga sekolah.


Thursday, April 23, 2015

Program 3 Penjuru Tahun 2015

Pada 17 April 2014 telah diadakan Program Tiga Penjuru bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK Taman Forest Heights. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan pencapaian anak-anak.


Taklimat oleh Tuan Pengetua


Pendaftaran ibu bapa
Ceramah motivasi





Ikrar Aku Janji oleh pelajar Tingkatan 3 dan 5


Perbincangan guru dan ibu bapa

Monday, April 13, 2015

Pelancaran Program Komuniti ASEAN 2015

Sempena Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 pada 26 dan 27 April ini, SMK Taman Forest Heights melancarkan program Komuniti ASEAN 2015 peringkat sekolah yang memfokuskan kepada usaha menggalakkan pembacaan murid berkaitan negara-negara di Asia Tenggara.


Guru Penyelaras Pusat Sumber (PSS) sekolah ini, Noor Azlina binti Abdullah Hashim berkata, bahan pembacaan yang digalakkan adalah berkaitan Komuniti ASEAN sama ada dalam bentuk cerita rakyat atau majalah.

“Usaha ini dibuat bagi menye­marakkan lagi Program Komuniti ASEAN yang disarankan Kementerian Pendidikan di samping membantu murid menambah pengetahuan berkaitan dengan negara-negara yang menganggotai ASEAN,” katanya dalam majlis pelancaran program itu oleh pengetua SMK Taman Forest Heights.




Sunday, March 29, 2015

Mesyuarat PIBG Kali Ke-9 Tahun 2015

Pada hari Sabtu, 14 Mac 2014 telah dijalankan Mesyuarat PIBG Kali Ke-9 di Dewan Seri Siantan SMK Taman Forest Heights. 

Pendaftaran Ibu bapa
Jawatan kuasa PIBG Sesi 2014/2015
Pada pemilihan AJK PIBG bagi Sesi 2015 dan 2016, En. Fajar bin Aris sekali lagi telah terpilih menjawat jawatan Yang DiPertua PIBG SMK Taman Forest Heights. Tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatan kuasa yang baru dilantik. Semoga SMK Taman Forest Heights terus cemerlang dengan bantuan dan sumbangan ahli-ahli jawatan kausa PIBG dan ibu-bapa dalam menjayakan program-program di sekolah.


Barisan Jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2015/2016

Taklimat kepenggunaan oleh KPDNKK


Pengetua mengiringi tetamu kehormat memasuki dewan


Tetamu Kehormat - YB Dato' Haji Abu Ubaidah

Ucapan YDP PIBG iaitu En. Fajar bin Aris

Ucapan Tuan Pengetua
Ucapan Perasmian  oleh Y.B. Dato' Hj. Abu Ubaidah bin Mohd Redza

Friday, March 6, 2015

Program Motivasi Solat

Pada hari Jumaat, 6 Mac 2015 telah dijalankan Program Motivasi Solat oleh PU Azman. Sasaran program ini ialah memberi kesedaran tentang pentingnya menunaikan solat dalam diri pelajar-pelajar Islam di SMK Taman Forest Heights.














Monday, February 16, 2015

Majlis Perpisahan Ketua Pengawas 2015

Pada perhimpunan rasmi hari ini Isnin 16 Februari 2015 telah diadakan Majlis Perpisahan Ketua Pengawas 2015 saudara Janatul Naim bin Mohd Noor dan Raja Muhammad Lokman Hakim kedua-duanya dari Tingkatan 4 Michelia yang telah mendapat tawaran meneruskan pembelajaran di Maktab Tentera Diraja (MTD) di Sungai Besi.
Ucapan perpisahan oleh Janatul Naim

Monday, February 9, 2015

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Tahun 2015

Pada hari ini, Isnin bersamaan 9 Februari 2015, Majlis Pelancaran Bulan Bahasa bagi Tahun 2015 telah dijalankan dengan jayanya.


Taklimat Aktiviti Bulan Bahasa oleh Ketua Bidang Bahasa, Pn. Hjh Zalinah binti Ibrahim

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj. Hamidon bin Hj. Khalid



Persembahan deklamasi sajak oleh Raja Muhammad Lokman Hakim, 4 Michelia.

Persembahan nyanyian

Kuiz bahasa

Kuiz teka-teki Bahasa Melayu

Scriddle

Tuesday, January 27, 2015

Program Outreach ke Global Institute of Studies

Pada hari ini, Selasa, 27 Januari 2015 seramai 42 orang pelajar iaitu 20 orang dari Tingkatan 4 dan 22 orang pelajar Tingkatan 5 telah dijemput melawat Global Institute of Studies, Nilai dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak kolej tersebut.

Ini adalah aktiviti lanjutan daripada sesi ceramah kerjaya yang diberikan oleh pihak kolej kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pada hari Jumaat, 23 Januari 2015 yang lalu di Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights.

Demo Kursus Demi Chef Sijil Kemahiran Malaysia

Berbakat - Tunggu apa lagi....

Dough dah siap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...