Berita Terkini

  1. Pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1 dan pendaftaran pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 sesi persekolahan 2016 telah dijalankan pada Sabtu, 2 Januari 2016 bertempat di Dewan Seri Siantan.
  2. Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan PRS akan diadakan pada Isnin, 26 Januari 2015 bertempat di Dewan Seri Delima, SMK Taman Forest Heights.
  3. Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada Rabu, 21 Januari 2015 bertempat di persekitaran Precinct 4, Taman Forest Heights.
  4. Penyerahan Pelaporan PT3 akan diadakan pada Isnin 22 Disember 2014. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 boleh mengambil slip pelaporan selepas jam 8.30 pagi di pejabat sekolah.
  5. Majlis Pelantikan Pengawas Baru Sekolah telah diadakan pada Isnin 3 Februari 2014.
  6. Majlis Penyampaian Slip Keputusan Peperiksaan PMR 2013 telah diadakan pada Khamis 19 Disember 2013 bertempat di Dewan Terbuka SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights.
  7. Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada Khamis 23 Mei 2013 bertempat di Dewan Seri Delima, SMK Senawang. Tema Hari Guru 2013 ialah Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda.
  8. Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada Jumaat 10 Mei 2013 bertempat di Taman Marida, Senawang.
  9. Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar peringkat sekolah telah diadakan di De Kok Camp, Kg.Talang, Kuala Pilah pada 22 hingga 24 Februari 2013.
  10. Mesyarat Agung PIBG Ke-6 telah diadakan pada Sabtu 31 Mac 2012 di Dewan Seri Delima, SMK Senawang. Semua ibubapa dan penjaga dijemput hadir.
  11. Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sekolah-sekolah Daerah Seremban 2 di Centre Court, Stadium Paroi pada 29 Februari 2012 dan 1 Mac 2012. SMK Senawang 3 dilantik sebagai pengelola. Pasukan SMK Senawang 3 muncul sebagai Johan Bawah 15 Tahun. Tahniah dan syabas.
  12. Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 18 Februari 2012. 
  13. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi persekolahan 2012 SMK Senawang 3 akan diadakan pada hari Sabtu 3 Disember 2011 bermula jam 8.15 pagi.
  14. Minggu Panitia Geografi bermula dari 28 September hingga 30 September 2011 bertemakan "Ke Arah Generasi Lestari". Antara aktiviti yang dilangsungkan adalah Pameran Jabatan GeoSains dan Mineral Negeri Sembilan, Pertandingan Peta, Teka Silang Kata, Kuiz Geografi, Meneka  biji saga dan banyak lagi.
  15. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat DUN Paroi telah diadakan pada Selasa 20 September 2011 bersamaan 22 Syawal 1432 Hijrah bertempat di padang SMK Senawang. Semua guru, staf sokongan, pelajar dan ibu-bapa serta penjaga pelajar dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis. Tetamu jemputan adalah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Majis bermula jam 8.30 malam.
  16. Cuti Hari Raya Aidil Fitri bermula dari Sabtu 27 Ogos 2011 hingga Ahad 4 September 2011.
  17. Majlis Khatam Al-Quran peringkat SMK Senawang 3 telah diadakan pada hari Khamis 25 Ogos 2011 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1432 Hijrah bertempat di surau SMK Senawang
  18. Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua guru telah diadakan pada Sabtu 13 Ogos 20 bertempat di  Kamar ICT SMK Senawang bermula jam 9.00 pagi. Tajuk: Pembelajaran Berkesan Melalui Laman Blog disampaikan oleh pengetua SMK Senawang 3.
  19. Salam Takziah kepada Puan Roslina binti Zakaria, guru SMK Senawang 3 di atas kembalinya kakak ipar beliau ke rahmatullah pada 4 Ogos 2011. Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.
  20. Peperiksaan Percubaan PMR Tahun 2011 akan bermula pada Isnin 8 Ogos 2011 sehingga Jumaat 12 Ogos 2011. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3UM, tingkatkan masa mengulangkaji pelajaran dan mohon doa restu dari ibu bapa untuk kejayaan anda.
  21. Ujian Bulanan Ke-2 sedang berlangsung dari Isnin 25 Julai 2011 hingga Khamis 28 Julai 2011.
  22. Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah Kali Ke-4 telah diadakan pada Rabu 20 Julai 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Semua ibu-bapa dan penjaga pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan temasya tersebut.
  23. Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah peringkat Daerah Seremban 2 telah diadakan di Kem Rimba Ilmu, Terusan, Juaaseh pada Selasa 12 Julai 2011hingga Khamis 14 Julai 2011.
  24. Pelancaran Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah diadakan serentak di semua sekolah di Negeri Sembilan mulai jam 7.30 pagi Sabtu 9 Julai 2011.
  25. Hari Temu Mesra Profesional telah diiadakan pada Jumaat 1 Julai 2011 bertempat di kelas-kelas pelajar bermula jam 3.30 petang bagi pelajar Tingjatan 3 dan jam 4.00 petang bagi Tingkatan 1 dan 2.
  26. Larian 1Murid 1Sukan akan diadakan pada Sabtu 2 Julai 201serentak di semua sekolah di seluruh negara. Ibu bapa dan penjaga pelajar dijemput hadir bersama-sama bagi memeriahkan larian dan mencipta rekod bilangan penyertaan larian teramai. Majlis bermula jam 7.00 pagi di tapak perhimpunan sekolah.
  27. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama sesi 2010/2011 telah diadakan pada Sabtu 18 Jun 2011 di Pusat Sumber Sekolah.
  28. Mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Zon Seremban 2 telah diadakan pada Khamis 16 Jun 2011 bertempat di SMK Senawang mulai jam 2.30 petang.
  29. Semua guru dikehendaki memasukkan markah ujian dan peperiksaan pertengahan tahun 2011 ke Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah di pautan berikut: http://saps.moe.gov.my. Tarikh akhir berbuat demikian adalah pada hari Rabu 15 Jun 2011. Dengan ini sistem SAP dan ISIS sebelum ini telah dimansuhkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...