Tuesday, December 31, 2013

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu SMK Senawang 3

Pendaftaran pelajar baharu sesi 2014 telah selamat dijalankan hari ini di Dewan Terbuka SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights. Seramai 54 orang pelajar baharu Tingkata 1 telah mendaftar dalam dua kelas bahaaru iaitu 1 UM dan 1 UKM. 

Turut mendaftar adalah 11 orang pelajar baharu Tingkatan 2, 12 orang pelajar baharu Tingkatan 3 dan 8 orang pelajar baharu Tingkatan 4.                         

Wednesday, December 18, 2013

Majlis Penyerahan Bangunan Baharu SMK Senawang 3

Majlis penyerahan bangunan baharu SMK Senawang 3 telah diadakan pada Khamis 14 November 2013, sehari sebelum cuti akhir tahun bermula. Majls telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SMK Senawang 3 di Precinct 4, Taman Forest Heights. Dengan peristiwa ini, berakhirlah penantian warga SMK Senawang 3 selama hampir 7 tahun menumpang di bangunan Blok D dan E SMK Senawang @ SemSe. 


Friday, December 13, 2013

Makluman Pendaftaran Pelajar Tahun 2014

Dimaklumkan SMK Senawang 3 telah berpindah ke bangunan baharu di SMK Taman Forest Heights (nama baharu sekolah - belum rasmi) mulai 2 Disember 2013 yang lalu. Alamat baharu sekolah adalah:
  • SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights
  • Precinct 4, Persiaran Forest Heights 2
  • Taman Forest Heights
  • 71000 Seremban
  • No. telefon sementara: 012-3565 868 (mulai 16 Disember 2013)
  • E-mel rasmi: smks3@yahoo.com
Pendaftaran persekolahan sesi 2014 bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dan pelajar-pelajar baharu yang berpindah masuk ke SMK Taman Forest Heights daripada sekolah lain adalah pada Selasa, 31 Disember 2013 di Dewan Terbuka SMK Taman Forest Heights bermula 8.30 pagi. Semua guru tingkatan dan penyelaras tingkatan dimestikan hadir.


Pelajar-pelajar dari sekolah lama SMK Senawang 3 tidak perlu mendaftar lagi kecuali pelajar Tingkatan 3UKM dan 3UM yang akan belajar di Tingkatan 4 sesi 2014.

Wednesday, November 13, 2013

Logo, Visi dan Misi Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia


Unit Komunukasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia pada 6 November 2013 yang lalu di laman moe.gov.my. Rekabentuk Logo baharu KPM dihasilkan oleh Prof. Dato' Dr Ahmad Zainuddin dan Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia).

Huraian dan Rasional Logo
Logo ini direka mengunakan huruf 'Alif' sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf 'Alif' itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua 'P' dan dua 'Alif' melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup 'P' yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Visi Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia / Visi Baharu SMK Senawang 3
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia / Misi Baharu SMK Senawang 3
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemedekaan Ke-56

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 diucapkan kepada semua warga SMK Senawang 3. Juga selamat menyambut Hari Malaysia Ke-50 pada 16 September 2013 nanti.

Friday, August 30, 2013

Program Hala Tuju Selepas PMR 2013

Program Hala Tuju Selepas PMR telah dikendalikan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Encik Azham Abara Ahmad, Pengerusi GPMS Negeri Sembilan bersama KRU Akademi di SMK Senawang 3 pada Khamis, 29 Ogos 2013.




Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak GPMS Negeri Sembilan yang sudi menawarkan program ini kepada calon-calon PMR SMK Senawang 3. Terima kasih GPMS! Terima kasih KRU Akademi!



Wednesday, July 24, 2013

Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional 2013

Pada pagi tadi bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang bakal mengambil peperiksaan PMR 2013 bermula 2 Oktober 2013 nanti telah diberi pendedahan tentang kolej vokasional. Taklimat telah disampaikan oleh penceramah dari Kolej Vokasional Ampangan, Seremban. Beliau turut memperihalkan tentang transformasi sekolah teknik kepada kolej vokasional.
Paparan pakaian pelajar kolej vokasional

Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah

Friday, July 5, 2013

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013

SMK Senawang 3 telah buat julung-julung kalinya menyambut Hari Koperasi Sekolah. Ini berikutan dari penyertaan Koperasi SMK Senawang 3 Seremban Berhad ke ANGKASA pada tahun ini.

Hari Koperasi Sekolah telah dirasmikan oeh Puan Hajah Norashikin binti Haji Jantan, Penolong Kanan Pentadbiran pada sebelah petang.

Friday, June 28, 2013

Program Keusahawanan 2013 - Hari Kantin

Program keusahawanan SMK Senawang 3 pada tahun ini melibatkan aktiviti jualan melalui Hari Kantin. Setiap kelas di SMK Senawang 3 telah berjaya menguruskan gerai masing-masing dalam semangat sepasukan yang tinggi. Lapan buah gerai telah berjaya didirikan iaitu 6 buah gerai kelas, satu gerai barisan pentadbir dan satu gerai Sarana Ibu Bapa. 
Suasana meriah Hari Kantin 2013
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan di samping meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Hari Kantin ini juga boleh dianggap sebagai hari terbuka di mana ibu bapa dan penduduk sekitar boleh mengenali sekolah secara lebih dekat serta memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini ditunjukkan melalui penyertaan ibu bapa melalui Gerai Coconut Shake.

Gerai Sarana Ibu Bapa
Turut hadir adalah bekas-bekas pelajar SMK Senawang 3 yang meneruskan persekolahan menengah atas di SMK Senawang dan SMK Seri Pagi.

Antara bekas pelajar SMKS3 yang hadir

Monday, June 24, 2013

Jerebu Melanda SMK Senawang 3

Keadaan jerebu kini telah menyelubungi persekitaran SMK Senawang 3 dan dilaporkan pada pagi tadi, 24 Jun 2013 indeks pencemaran udara atau IPU melebihi 100 mata iaitu berstatus tidak sihat. Peajar-pelajar diminta memakai topeng muka yang disediakan oleh pihak sekolah supaya keadaan kesihatan pelajar tidak terjejas dengan partikel-partikel berbahaya dalam jerebu tersebut. Pastikan cara yang betul memakai topeng muka diikuti iaitu bahagian yang berwarna di luar manakala bahagian besi di sebelah atas mengepit hidung.

Matahari berbentuk bola merah dan cahayanya tidak dapat menembusi ketebalan jerebu.
Suasana jam 8.00 pagi tadi. Tiada lagsung awan yang kelihatan.
Apa Itu Jerebu?
Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikular (partikel) atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepdatan yang tinggi. Zarah halus ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung pada kadar pernafasan seseorang.

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu
Antara kesan-kesan jerebu ke atas kesihatan adalah:
  1. Jangkitan saluran pernafasan
  2. Radang paru-paru
  3. Asma 
  4. Sakit tekak, dan
  5. Sakit mata
Tindakan Semasa Jerebu
Pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan diharapkan dapat melakukan tindkan berikut:
  1. Berada di kelas dan pejabat pada waktu bekerja.Berada di tempat tertutup atau di rumah selepas waktu bekerja  Pastikan pintu serta tingkap ditutup.
  2. Kurangkan aktiviti fizikal untuk mengurangkan menyedut udara tercemar.
  3. Tutup tingkap kenderan dan gunakan alat penghawa dingin dengan operasi mod kitar-dalaman.
  4. Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  5. Mencuci tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
  6. Jika terpaksa berada di uar rumah gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai seperti particulate respirator N95 atau P100.

Friday, May 24, 2013

Hari Guru 2013-Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda

SMK Senawang 3 telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru 2013 pada Khamis 23 Mac 2013 bertempat di Dewan Seri Delima SMK Senawang mulai jam 8.00 pagi. Sambutan kali ini diadakan dalam keadaan sederhana tetapi meriah.
Cikgu Nor Baizura dan Cikgu Norazlina menyampaikan sajak Guru Oh Guru dengan bersemangat
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Jannatun Naim diikuti dengan ucapan oleh Ketua Murid, Ainul Syahmi dari 3UM.

Sunday, May 12, 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-7 SMK Senawang 3 telah dijalankan pada hari Jumaat 10 Mei 2013 yang lalu bertempat di SMK Senawang 3 dan Taman Marida.
Peserta-peserta telah dilepaskan oleh tuan pengetua dengan peserta perempuan berlari dahulu diikuti oleh peserta lelaki.

Majlis penyampaian hadiah pula telah diadakah di gelanggang sepak takraw bersebelahan bengkel kemahiran hidup.

Saturday, March 23, 2013

Mesyuarat Agung PIBG Ke-7 dan Hari Anugerah Cemerlang 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ketujuh telah berjaya diadakan pada Jumaat 22 Mac 2013 bertempat di Dewan Sri Delima, SMK Senawang mulai jam 3.00 petang. Hari  Anugerah Cemerlang Tahun 2012 yang bermula jam 5.00 petang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau. Yang Berhormat turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM3000 disumbangkan kepada SMK Senawang 3 untuk program pembangunan pelajar dan aktiviti PIBG Sesi 2013.


Wednesday, March 13, 2013

Memahami PBS Sepintas Lalu

Isu tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS, sering diperkatakan baik dalam kalangan guru, murid mahupun ibu bapa dan penjaga pelajar. Bagi menjelaskan lagi maksud PBS, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil.2 Tahun 2011.
Menurut surat pekeliling itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi PMR iaitu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan wajaran 100% sepenuhnya pada tahun 2014 bagi murid-murid Tingkatan 3. Murid-murid Tingkatan 1 pada tahun 2012 akan mula melaksanakan PBS bagi PMR ini.

Komponen PBS dengan wajaran 100% dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan merangkumi 4 jenis pentaksiran iaitu:
  1. Pentaksiran Sekolah iaitu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah berasaskan standard prestasi. Penjaminan kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan.
  2. Pentaksiran Pusat iaitu pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berasaskan standard prestasi. Penjaminan kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan.
  3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) iaitu pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.
  4. Pentaksiran Psikometrik iaitu pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) wajib dilaksanakan oleh semua pelajar Tingkatan 1 dan 2 untuk semua mata pelajaran. Berikut merupakan senarai mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS di SMK Senawang 3.
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Sains
  6. Geografi
  7. Pendidikan Islam
  8. Kemahiran Hidup Bersepadu
  9. Pendidikan Moral
  10. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  11. Pendidikan Seni Visual
  12. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Pihak sekolah berharap ibu bapa dan penjaga dapat memntau dan memastikan anak-anak hadir ke sekolah dan melaksanakan pentaksiran ini.

Friday, February 1, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Majlis Sambutan Mauldur Rasul peringkat SMK Senawang 3 telah dijalankan di Surau SMK Senawang mulai jam 4.20 petang. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diraikan secara sederhana sahaja iaitu slot ceramah sahaja tanpa perarakan seperti yang dilakukan pada tahun lepas.
Al-Fadhil Ustaz Zakaria menyampaikan ceramah
Sebahagian daripada jemaah perempuan yang hadir
Semoga menjadi anak yang solehah

Lurus dan rapatkan saf
Tumit bertemu tumit ye..
Bersalawat dan bersalaman selepas solat Asar berjamaah


Tuesday, January 22, 2013

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan 2013

Majlis penganugerahan watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SMK Senawang 3 telah selamat disempurnakan pada Isnin, 21 Januari 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Senawang 3. Majlis pelantikan telah disempurnakan oleh tuan pengetua SMK Senawang 3.
Pembacaan ikrar pengawas
Dalam ucapannya, tuan pengetua mengingatkan pengawas-pengawas yang dilantik tentang amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan tahap disiplin pelajar-pelajar SMK Senawang 3. Ini boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah, komuniti dan negara. Kecemerlangan sahsiah merupakan kunci utama kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik, koakademik, kokurikulum dan pembangunan  kerjaya.
Tahniah kepada semua yang dilantik

Monday, January 21, 2013

Pertemuan Tiga Penjuru Pertama Batch 5 PMR 2013

Pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 19 Januari 2013, telah diadakan majlis pertemuan tiga penjuru pertama melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3, ibu bapa dan guru-guru SMK Senawang 3. Batch PMR Ke-5 SMK Senawang terdiri daripda 40 orang pelajar akan mengambil peperiksaan PMR yang dijangkakan pada 10 Oktober 2013 nanti.

Pada pertemuan pertama ini, tidak ramai ibu bapa yang hadir, iaitu seramai 20 orang sahaja. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir. Sesungguhnya Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang, IPAC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...