Tuesday, April 28, 2015

Penampilan Sulong Kumpulan Nasyid SMK Senawang 3

Pada 5 dan 6 Mei 2015, SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights akan menjadi penganjur Festival Nasyid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Seremban 2. Dan pada julung-julung kalinya pasukan nasyid SMK Senawang 3 yang baru ditubuhkan akan mengambil bahagian di dalam karnival ini. Walaupun turun sebagai underdog, namun sebagai tuan rumah, pasukan nasyid yang baru ditubuhkan ini berusaha dengan gigih untuk mempastikan kejayaan dapat diraih. Dengan sokongan dan iringan doa guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh warga SMK Senawang 3 insya Allah ia dapat direalisasikan.

Latihan-latihan secara serius telah mula dijalankan sejak seminggu yang lepas. Adalah diharapkan segala kesilapan-kesilapan yang dikesan di dalam latihan dapat diperbaiki. Diharapkan juga menjelang pertandingan, pasukan nasyid SMK Senawang 3 akan menjadi lebih mantap dan dapat membuat persembahan yang membanggakan warga sekolah.


Thursday, April 23, 2015

Program 3 Penjuru Tahun 2015

Pada 17 April 2014 telah diadakan Program Tiga Penjuru bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK Taman Forest Heights. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan pencapaian anak-anak.


Taklimat oleh Tuan Pengetua


Pendaftaran ibu bapa
Ceramah motivasi





Ikrar Aku Janji oleh pelajar Tingkatan 3 dan 5


Perbincangan guru dan ibu bapa

Monday, April 13, 2015

Pelancaran Program Komuniti ASEAN 2015

Sempena Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 pada 26 dan 27 April ini, SMK Taman Forest Heights melancarkan program Komuniti ASEAN 2015 peringkat sekolah yang memfokuskan kepada usaha menggalakkan pembacaan murid berkaitan negara-negara di Asia Tenggara.


Guru Penyelaras Pusat Sumber (PSS) sekolah ini, Noor Azlina binti Abdullah Hashim berkata, bahan pembacaan yang digalakkan adalah berkaitan Komuniti ASEAN sama ada dalam bentuk cerita rakyat atau majalah.

“Usaha ini dibuat bagi menye­marakkan lagi Program Komuniti ASEAN yang disarankan Kementerian Pendidikan di samping membantu murid menambah pengetahuan berkaitan dengan negara-negara yang menganggotai ASEAN,” katanya dalam majlis pelancaran program itu oleh pengetua SMK Taman Forest Heights.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...