![]() |
| Cikgu Nor Baizura dan Cikgu Norazlina menyampaikan sajak Guru Oh Guru dengan bersemangat |
Friday, May 24, 2013
Hari Guru 2013-Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda
SMK Senawang 3 telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru 2013 pada Khamis 23 Mac 2013 bertempat di Dewan Seri Delima SMK Senawang mulai jam 8.00 pagi. Sambutan kali ini diadakan dalam keadaan sederhana tetapi meriah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Jannatun Naim diikuti dengan ucapan oleh Ketua Murid, Ainul Syahmi dari 3UM.
Sunday, May 12, 2013
Kejohanan Merentas Desa 2013
Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-7 SMK Senawang 3 telah dijalankan pada hari Jumaat 10 Mei 2013 yang lalu bertempat di SMK Senawang 3 dan Taman Marida.
Peserta-peserta telah dilepaskan oleh tuan pengetua dengan peserta perempuan berlari dahulu diikuti oleh peserta lelaki.
Peserta-peserta telah dilepaskan oleh tuan pengetua dengan peserta perempuan berlari dahulu diikuti oleh peserta lelaki.
Majlis penyampaian hadiah pula telah diadakah di gelanggang sepak takraw bersebelahan bengkel kemahiran hidup.
Saturday, March 23, 2013
Mesyuarat Agung PIBG Ke-7 dan Hari Anugerah Cemerlang 2012
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ketujuh telah berjaya diadakan pada Jumaat 22 Mac 2013 bertempat di Dewan Sri Delima, SMK Senawang mulai jam 3.00 petang. Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2012 yang bermula jam 5.00 petang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau. Yang Berhormat turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM3000 disumbangkan kepada SMK Senawang 3 untuk program pembangunan pelajar dan aktiviti PIBG Sesi 2013.
Wednesday, March 13, 2013
Memahami PBS Sepintas Lalu
Isu tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS, sering diperkatakan baik dalam kalangan guru, murid mahupun ibu bapa dan penjaga pelajar. Bagi menjelaskan lagi maksud PBS, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil.2 Tahun 2011.
Menurut surat pekeliling itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi PMR iaitu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan wajaran 100% sepenuhnya pada tahun 2014 bagi murid-murid Tingkatan 3. Murid-murid Tingkatan 1 pada tahun 2012 akan mula melaksanakan PBS bagi PMR ini.
Komponen PBS dengan wajaran 100% dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan merangkumi 4 jenis pentaksiran iaitu:
- Pentaksiran Sekolah iaitu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah berasaskan standard prestasi. Penjaminan kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan.
- Pentaksiran Pusat iaitu pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berasaskan standard prestasi. Penjaminan kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan.
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) iaitu pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.
- Pentaksiran Psikometrik iaitu pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) wajib dilaksanakan oleh semua pelajar Tingkatan 1 dan 2 untuk semua mata pelajaran. Berikut merupakan senarai mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS di SMK Senawang 3.
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Pendidikan Islam
- Kemahiran Hidup Bersepadu
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Pihak sekolah berharap ibu bapa dan penjaga dapat memntau dan memastikan anak-anak hadir ke sekolah dan melaksanakan pentaksiran ini.
Friday, February 1, 2013
Sambutan Maulidur Rasul 2013
Majlis Sambutan Mauldur Rasul peringkat SMK Senawang 3 telah dijalankan di Surau SMK Senawang mulai jam 4.20 petang. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diraikan secara sederhana sahaja iaitu slot ceramah sahaja tanpa perarakan seperti yang dilakukan pada tahun lepas.
![]() |
| Al-Fadhil Ustaz Zakaria menyampaikan ceramah |
![]() |
| Sebahagian daripada jemaah perempuan yang hadir |
![]() |
| Semoga menjadi anak yang solehah |
![]() |
| Lurus dan rapatkan saf |
![]() |
| Tumit bertemu tumit ye.. |
![]() |
| Bersalawat dan bersalaman selepas solat Asar berjamaah |
Tuesday, January 22, 2013
Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan 2013
Majlis penganugerahan watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SMK Senawang 3 telah selamat disempurnakan pada Isnin, 21 Januari 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Senawang 3. Majlis pelantikan telah disempurnakan oleh tuan pengetua SMK Senawang 3.
![]() |
| Pembacaan ikrar pengawas |
Dalam ucapannya, tuan pengetua mengingatkan pengawas-pengawas yang dilantik tentang amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan tahap disiplin pelajar-pelajar SMK Senawang 3. Ini boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah, komuniti dan negara. Kecemerlangan sahsiah merupakan kunci utama kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik, koakademik, kokurikulum dan pembangunan kerjaya.
![]() |
| Tahniah kepada semua yang dilantik |
Monday, January 21, 2013
Pertemuan Tiga Penjuru Pertama Batch 5 PMR 2013
Pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 19 Januari 2013, telah diadakan majlis pertemuan tiga penjuru pertama melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3, ibu bapa dan guru-guru SMK Senawang 3. Batch PMR Ke-5 SMK Senawang terdiri daripda 40 orang pelajar akan mengambil peperiksaan PMR yang dijangkakan pada 10 Oktober 2013 nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)















