Friday, August 29, 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Borhan, Penolong Kanan HEM

Hari ini SMK Senawang 3 aka SMK Taman Forest Heights mengadakan majlis persaraan Penolong Kanan HEM iaitu Tuan Haji Borhan bin Hashim yang memilih bersara wajib pada usia 58 tahun. Majlis yang penuh bersejarah ini telah diadakan di Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights bermula jam 10.45 pagi. Majlis yang dinamakan Sekalung Budi Sejambak Kasih ini dimulakan dengan upacara menanam pokok di hadapan pintu masuk utama Dewan Seri Siantan oleh Tuan Haji Borhan yang banyak berjasa dalam membina landskap sekolah.

Kemudian, diadakan sesi bergambar kenangan bersama guru-guru dan staf sokongan di foyer dewan. 
Selepas itu acara selanjutnya diteruskan di dalam Dewan Seri Siantan. Setelah bacaan doa disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Amin bin Kalam, Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, bacaan biodata oleh Puan Norazlina Ahmad diikuti persembahan multimedia tentang kerjaya dan sejarah Tuan Haji Borhan dari tahun 1978 sehingga 2014. Acara seterusnya adalah ucapan oleh tuan pengetua diikuti dengan ucapan perpisahan oleh Tuan Haji Borhan. 
Seterusnya penyampaian cenderamata daripada Kelab Staf, PIBG dan kelas-kelas kepada Tuan Haji Borhan diikuti dengan upacara memotong kek hari lahir dan nyanyian lagu Allah Selamatkan Kamu yang diketuai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 UIAM.

Haji Borhan memotong kek hari lahir

Send off dengan kereta berhias
Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Bertemu dan Berpisah dan upacara send off. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih Tuan Haji Borhan di atas sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit dalam membangunkan sahsiah cemerlang pelajar-pelajar SMK Senawang 3 / SMK Taman Forest Heights sepanjang 6 tahun berkhidmat di sekolah ini. Selamat Bersara! 
Mulai hari ini saya bergelar YB (Yang Bersara)

Tuesday, August 19, 2014

Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik dan Perasmian Lorong PPDa

Pada hari Isnin 18 Ogos 2014 SMK Taman Forest Heights telah menempa satu sejarah iaitu perasmian Minggu Sains dan Matematik dan majlis perasmian Lorong PPDa sekolah. Minggu Sains dan Matematik telah dirasmikan oleh Haji Hamidon bin Haji Khalid Pengetua SMKTFH manakala Lorong PPDa telah dirasmikan oleh Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadaha (PPDa) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.



Wednesday, August 13, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 telah diadakan pada Jumaat 8 Ogos 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK Taman Forest Heights. Sambutan Hari Raya Tahun 2014 ini menempa sejarahnya tersendiri kerana ini adalah kali pertama ia diadakan di premis SMK Senawang 3 setelah tujuh tahun berturut-turut sejak penubuhannya, majlis diadakan di bangunan tumpang di SMK Senawang Taman Marida.
Cikgu Phok Sim Nam selaku Pengerusi Kelab Staf SMKTFH telah mengacarakan majlis sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Staf SMKTFH yang terdiri daripada guru-guru dan staf sokongan yang telah berjayakan mengadakan majlis ini dengan jayanya. Majlis pada tahun ini turut menjemput AJK PIBG Sesi 2014-2015 sebagai tetamu undangan.
Pelajar-pelajar telah menjayakan sambutan pada tahun ini dengan menyampaikan persembahan yang menarik, Tahniah dan syabas.
Selain daripada jamuan, turut diadakan kuiz tentang hari raya aidil fitri. Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dihadiahkan dengan  duit raya.

Monday, August 4, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Majlis Anugerah Cemerlang PPT 2014 telah diadakan di Dataran Cendekiawan / Dataran Perhimpunan SMK Senawang 3@ Taman Forest Heights pada perhimpunan rasmi 4 Ogos 2014.




Majlis turut menyampaikan cenderamata kepada sepuluh orang pelajar elit Tingkatan 3 yang berpotensi mendapat semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3, PT3 tahun 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...