Friday, August 29, 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Borhan, Penolong Kanan HEM

Hari ini SMK Senawang 3 aka SMK Taman Forest Heights mengadakan majlis persaraan Penolong Kanan HEM iaitu Tuan Haji Borhan bin Hashim yang memilih bersara wajib pada usia 58 tahun. Majlis yang penuh bersejarah ini telah diadakan di Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights bermula jam 10.45 pagi. Majlis yang dinamakan Sekalung Budi Sejambak Kasih ini dimulakan dengan upacara menanam pokok di hadapan pintu masuk utama Dewan Seri Siantan oleh Tuan Haji Borhan yang banyak berjasa dalam membina landskap sekolah.

Kemudian, diadakan sesi bergambar kenangan bersama guru-guru dan staf sokongan di foyer dewan. 
Selepas itu acara selanjutnya diteruskan di dalam Dewan Seri Siantan. Setelah bacaan doa disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Amin bin Kalam, Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, bacaan biodata oleh Puan Norazlina Ahmad diikuti persembahan multimedia tentang kerjaya dan sejarah Tuan Haji Borhan dari tahun 1978 sehingga 2014. Acara seterusnya adalah ucapan oleh tuan pengetua diikuti dengan ucapan perpisahan oleh Tuan Haji Borhan. 
Seterusnya penyampaian cenderamata daripada Kelab Staf, PIBG dan kelas-kelas kepada Tuan Haji Borhan diikuti dengan upacara memotong kek hari lahir dan nyanyian lagu Allah Selamatkan Kamu yang diketuai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 UIAM.

Haji Borhan memotong kek hari lahir

Send off dengan kereta berhias
Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Bertemu dan Berpisah dan upacara send off. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih Tuan Haji Borhan di atas sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit dalam membangunkan sahsiah cemerlang pelajar-pelajar SMK Senawang 3 / SMK Taman Forest Heights sepanjang 6 tahun berkhidmat di sekolah ini. Selamat Bersara! 
Mulai hari ini saya bergelar YB (Yang Bersara)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...