Wednesday, September 10, 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 yang dilancarkan pada 25 Ogos 2014 yang lalu diteruskan lagi pada hari ini dengan pameran hasil karya pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights yang kreatif dan inovatif. Antara item yang dipamerkan adalah produk daripada barang terbuang yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1, pameran permainan tradisional, pakaian tradisional, dan hasil panitia-panitia pendidikan seni visual, sejarah, geografi, pendidikan sivik dan kewarganegaraan serta pendidikan moral.

Tuan pengetua melawat pameran diiringi oleh Ketua Bidang Kemanusiaan dan pelajar-pelajar berpakaian tradisional.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mengikut panitia mata pelajaran di sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tahun ini adalah seperti berikut:
Panitia Sejarah - Nyanyian lagu patriotik, Kuiz, Lakonan, Demonstrasi,, Demonstrasi Sajak dan Permainan Tradisional.

Panitia Geografi - Penghasilan produk dari barang terbuang, Puzzle, Kuiz
Panitia Pendidikan Seni Visual - Pasu dan plastisin, Cetakan, Kolaj dan Batik.
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - Penghasilan buku skrap berkaitan kemerdekaan.
Panitia Pendidikan Moral - Penghasilan pokok nilai-nilai murni dan klip video.

Turut diadakan adalah  pertandingan antara kumpulan-kumpulan pelajar.



Sekalung tahniah kepada Puan Norlia binti Manaf, Ketua Bidang Kemanusiaan yang baru yang telah mengadakan acara sambutan bulan kemerdekaan yang begitu menarik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru di bawah panitia-panitia mata pelajaran di bawah bidang kemanusiaan yang memberikan kerjasama yang amat baik bagi menjayakan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...