Friday, June 28, 2013

Program Keusahawanan 2013 - Hari Kantin

Program keusahawanan SMK Senawang 3 pada tahun ini melibatkan aktiviti jualan melalui Hari Kantin. Setiap kelas di SMK Senawang 3 telah berjaya menguruskan gerai masing-masing dalam semangat sepasukan yang tinggi. Lapan buah gerai telah berjaya didirikan iaitu 6 buah gerai kelas, satu gerai barisan pentadbir dan satu gerai Sarana Ibu Bapa. 
Suasana meriah Hari Kantin 2013
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan di samping meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Hari Kantin ini juga boleh dianggap sebagai hari terbuka di mana ibu bapa dan penduduk sekitar boleh mengenali sekolah secara lebih dekat serta memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini ditunjukkan melalui penyertaan ibu bapa melalui Gerai Coconut Shake.

Gerai Sarana Ibu Bapa
Turut hadir adalah bekas-bekas pelajar SMK Senawang 3 yang meneruskan persekolahan menengah atas di SMK Senawang dan SMK Seri Pagi.

Antara bekas pelajar SMKS3 yang hadir

Monday, June 24, 2013

Jerebu Melanda SMK Senawang 3

Keadaan jerebu kini telah menyelubungi persekitaran SMK Senawang 3 dan dilaporkan pada pagi tadi, 24 Jun 2013 indeks pencemaran udara atau IPU melebihi 100 mata iaitu berstatus tidak sihat. Peajar-pelajar diminta memakai topeng muka yang disediakan oleh pihak sekolah supaya keadaan kesihatan pelajar tidak terjejas dengan partikel-partikel berbahaya dalam jerebu tersebut. Pastikan cara yang betul memakai topeng muka diikuti iaitu bahagian yang berwarna di luar manakala bahagian besi di sebelah atas mengepit hidung.

Matahari berbentuk bola merah dan cahayanya tidak dapat menembusi ketebalan jerebu.
Suasana jam 8.00 pagi tadi. Tiada lagsung awan yang kelihatan.
Apa Itu Jerebu?
Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikular (partikel) atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepdatan yang tinggi. Zarah halus ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung pada kadar pernafasan seseorang.

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu
Antara kesan-kesan jerebu ke atas kesihatan adalah:
  1. Jangkitan saluran pernafasan
  2. Radang paru-paru
  3. Asma 
  4. Sakit tekak, dan
  5. Sakit mata
Tindakan Semasa Jerebu
Pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan diharapkan dapat melakukan tindkan berikut:
  1. Berada di kelas dan pejabat pada waktu bekerja.Berada di tempat tertutup atau di rumah selepas waktu bekerja  Pastikan pintu serta tingkap ditutup.
  2. Kurangkan aktiviti fizikal untuk mengurangkan menyedut udara tercemar.
  3. Tutup tingkap kenderan dan gunakan alat penghawa dingin dengan operasi mod kitar-dalaman.
  4. Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  5. Mencuci tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
  6. Jika terpaksa berada di uar rumah gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai seperti particulate respirator N95 atau P100.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...