
![]() |
Matahari berbentuk bola merah dan cahayanya tidak dapat menembusi ketebalan jerebu. |
![]() |
Suasana jam 8.00 pagi tadi. Tiada lagsung awan yang kelihatan. |
Apa Itu Jerebu?
Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikular (partikel) atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepdatan yang tinggi. Zarah halus ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung pada kadar pernafasan seseorang.
Kesan Kesihatan Akibat Jerebu
Antara kesan-kesan jerebu ke atas kesihatan adalah:
- Jangkitan saluran pernafasan
- Radang paru-paru
- Asma
- Sakit tekak, dan
- Sakit mata
Tindakan Semasa Jerebu
Pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan diharapkan dapat melakukan tindkan berikut:
Pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan diharapkan dapat melakukan tindkan berikut:
- Berada di kelas dan pejabat pada waktu bekerja.Berada di tempat tertutup atau di rumah selepas waktu bekerja Pastikan pintu serta tingkap ditutup.
- Kurangkan aktiviti fizikal untuk mengurangkan menyedut udara tercemar.
- Tutup tingkap kenderan dan gunakan alat penghawa dingin dengan operasi mod kitar-dalaman.
- Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Mencuci tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
- Jika terpaksa berada di uar rumah gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai seperti particulate respirator N95 atau P100.
No comments:
Post a Comment