Friday, June 28, 2013

Program Keusahawanan 2013 - Hari Kantin

Program keusahawanan SMK Senawang 3 pada tahun ini melibatkan aktiviti jualan melalui Hari Kantin. Setiap kelas di SMK Senawang 3 telah berjaya menguruskan gerai masing-masing dalam semangat sepasukan yang tinggi. Lapan buah gerai telah berjaya didirikan iaitu 6 buah gerai kelas, satu gerai barisan pentadbir dan satu gerai Sarana Ibu Bapa. 
Suasana meriah Hari Kantin 2013
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan di samping meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Hari Kantin ini juga boleh dianggap sebagai hari terbuka di mana ibu bapa dan penduduk sekitar boleh mengenali sekolah secara lebih dekat serta memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini ditunjukkan melalui penyertaan ibu bapa melalui Gerai Coconut Shake.

Gerai Sarana Ibu Bapa
Turut hadir adalah bekas-bekas pelajar SMK Senawang 3 yang meneruskan persekolahan menengah atas di SMK Senawang dan SMK Seri Pagi.

Antara bekas pelajar SMKS3 yang hadir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...