Friday, June 19, 2015

Ihya Ramadan 1436 H

Alhamdulillah, Majlis Program Ihya Ramadan Tahun 2015 atau 1436 Hijriyah telah disempurnakan oleh tuan pengetua, Haji Hamidon bin Haji Khalid bertempat di Surau An Nur, SMK Taman Forest Heights. 

Dalam ucapan perasmian tersebut, tuan pengetua menjelaskan tentang amalan terbaik yang dilakukan pada bulan Ramadan adalah membaca Al-Quran dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran. Dicadangkan warga sekolah dapat khatam Al-Quran dalam 30 hari iaitu dengan membaca 20 muka surat setiap hari yang bersamaan dengan satu juzuk Al-Quran. Ini dapat dilakukan dengan membaca 4 muka surat setiap solat fardu iaitu 2 muka surat sebelum solat fardu dan 2 muka surat selepas solat fardu. Beliau juga menjelaskan tentang fadilat membca Al-Quran iaitu mendapat pahala bagi setiap huruf Al-Quran iaitu lebih kurang 1700 pahala bersamaan dengan purata 1700 huruf dalam satu muka surat Al-Quran. Di samping itu pengetua mengalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru membanyakkan bersedekah atau infak.

Objektif program Ihya Ramadan adalah:
  1. Mendidik jiwa pelajar ke arah mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan.
  2. Memupuk rasa cinta pelajar terhadap amalan membaca Al-Quran
  3. Menghidupkan syiar Ramadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...