Thursday, January 21, 2016

Penetapan Target Pelajar PT3 2016

Hari penetapan target pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan mengambil PT3 tahun 2016 telah dijalankan pada 19 Januari 2016 bertempat di Pusat Sumber Sekolah. 




Pada sesi pertemuan ini ketua-ketua panitia mata pelajaran telah membentangkan pencapaian pelajar Tingkatan 3 ini dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2015. Nilai letak, take off value iaitu markah peperiksaan akhir tahun 2015 itu menjadi asas bagi meramalkan sasaran markah PT3 pelajar tingkatan 3.

Monday, January 18, 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2016

Majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber telah disempurnakan oleh tuan pengetua pada Isnin, 18 Januari 2016 di Dataran Perhimpunan SMK Taman Forest Heights.

Abdul Majid terpilih sebagai Ketua Pempipin Pelajar 2016





Sunday, January 17, 2016

Sambutan Maulidur Rasul 2016

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada hari Jumaat, 15 Januari 2016. Sambutan dimulakan dengan perarakan sambil membaca selawat bermula di foyer blok pentadbiran mengelilingi kawasan persekitaran sekolah dan terus ke Surau An-Nur sekolah.




Ceramah Maulidur Rasul di Surau An-Nur telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulhafizi.Ceramah bertajuk cintai Rasulullah mengajak mengajak semua pelajar dan staf sekolah untuk mengingati dan menyayangi Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Allah kepada kita.


Friday, January 15, 2016

Kejohanan Merentas Desa 2016

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah tahun 2016 telah diadakan dengan jayanya pada Rabu, 13 Januari 2016.



Friday, January 8, 2016

Majlis Bacaan Yasin Pertama Sesi Tahun 2016

Majlis bacaan Yasin kali pertama sesi persekolahan tahun 2016 telah dijalankan di Surau An-Nur SMK Taman Forest Heights. Pada kali bilangan jemaah surau telah bertambah dengan kemasukan 72 orang pelajar Islam Tingkatan 1 daripada sejumlah 119 orang yang mendaftar di Tingkatan 1. Keaadan di surau dijangka menjadi padat dalam masa 2 atau tiga tahun lagi.



Majlis bacaan Yasin hari ini telah diketuai oleh saudara Abdul Hadi dari Tingkatan 4. Semoga pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights sentiasa diberkati dan dirahmati serta menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.


Selepas selesai bacaan Yasin, majlis penutup Minggu Orientasi pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Terbuka Raflesia SMK Taman Forest Heights.

Wednesday, January 6, 2016

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2016

Minggu orientsi pelajar baharu Tingkatan 1 dan pelajar Tingkatan 4 telah berlangsung mulai Isnin 4 Januari 2016 hingga 8 Januari 2016. Venue program telah diubah ke Dean Terbuka Ralesia dan Pusat Sumber Sekolah berikutan daripada kerosakan pada alat pembahagi voltan tiga fasa di bilik suis utama.



Antara pengisian program adalah taklimat penetua taklimat Penolong Kanan Pentadbiran, taklimat Penolong Kanan HEM, taklimat biasiswa, taklimat kokurikulum, latihan nanyian lagu sekolah. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 menduduki ujian diagnostik Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi menguji kemahiran berbahasa mereka.


Selain daripada itu semua pelajar turut diberi taklimat setiap mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah. Ujian diagnostik ditadbirkan pada Khamis 7 Januari 2016.

Taklimat mata pelajaran Kimia oleh Pn.Nor Baizura Nor Azlan


Sunday, January 3, 2016

Pendaftaran Pelajar Sesi Persekolahan 2016

Pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1 SMK Senawang 3 telah dijalankan dengan jayanya pada Sabtu, 2 Januari 2016 bertempat di Dewan Seri Delima, SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights.

Seramai 102 orang pelajar baharu Tingkatan 1 sesi persekolahan 2016 telah mendaftar. Turut mendaftar semula adalah pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5. 
Encik Fajar bin Aris, YDP PIBG menjadi tetamu khas.

Pn. Siti Sujimah menguruskan pendataran pelajar baharu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...