Alhamdulillah, kursus VLE Frog bagi tahun 2015 telah berjaya dijalankan di Makmal Komputer 1 SMK Taman Forest Heights dengan jayanya pada 3 September 2015 (Khamis). VLE Frog merupakan kursus yang pertama diadakan di makmal komputer sekolah yang masih belum lengkap lagi sejak SMK Senawang 3 berpindah ke tapak baharu sekolah pada 3 Disember 2013 yang lalu. Kedua-dua makmal komputer yang sedia ada hanya mempunyai kemudahan penyaman udara dan kabel rangkaian. Tiada kerusi dan meja komputer serta peralatan-peralatan berkaitan yang dibekalkan oleh kementerian walaupun sekolah telah beroperasi selama dua tahun di Forest Heights ini. Namun unit ICT telah berjaya menempatkan kerusi dan meja murid ke Makmal Komputer 1 dan menutup salur udara dengan bunting terpakai untuk mengelakkan pengaliran keluar udara sejuk dari penyaman udara dan sebaliknya, iaitu mengelakkan haba panas masuk ke makmal komputer. Walau bagaimanapun guru-guru boleh menggunakan netbook 1Malaysia yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Tetapi masalah utama yang dihadapi adalah capaian internet melalui Yes yang lemah.
|
Taklimat disampaikan oleh pengetua sebelum kursus bermula |
|
Puan Norliza Roslin mengendalikan kursus |
Kursus telah dikendalikan oleh admin VLE Frog sekolah yang baharu iaitu Puan Norliza Roslin dibantu oleh tuan pengetua. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah: