Tuesday, January 13, 2015

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2015

Hari pertama sesi persekolahan di SMK Taman Forest Heights, Seremban telah berjalan lancar pada hari ini, Isnin, 12 Januari 2015. Seramai 94 orang pelajar Tingkatan 1 telah dialu-alukan oleh guru-guru SMK Taman Forest Heights.

Berikutan daripada keadaan cuaca yang agak mendung pada pagi Isnin ini, perhimpunan rasmi hari pertama sesi persekolahan 2015 telah diadakan di Dewan Terbuka Rafflesia. Dengan kehadiran 94 orang pelajar baharu Tingkatan 1 yang telah mendaftar pada 27 Disember 2014 yang lalu, ini menjadikan bilangan terkini jumlah pelajar SMK Taman Forest Heights mencapai 353 orang.


Dalam ucapannya, tuan pengetua memaklumkan dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah ini menjadikan kekuatan sekolah telah bertambah. Dengan kekuatan ini, pengetua berharap pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights dapat meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Beliau berharap semua warga sekolah dapat menghayati tema sekolah tahun 2015 iaitu Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...