Monday, December 29, 2014

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015

Majlis pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1 Tahun 2015 telah diadakan di  Dewan Terbuka Rafflesia SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights pada hari Sabtu, 27 Disember 2014. Seramai 85 orang pelajar baharu telah mendaftar masuk sebagai pelajar baharu Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan Tahun 2015.


Thursday, October 16, 2014

Pentaksiran Tingkatan 3, PT3 Tahun 2014

Tahun ini merupakan sejarah bagi SMK Senawang 3 @ SMK Taman Forest Heights kerana buat pertama kalinya seramai 65 orang pelajar kita menduduki PT3 bersama-sama 453,348 lagi pelajar lain di seluruh negara.

Semoga pelajar-pelajar batch pertama PT3 beroleh kejayaan yang cemerlang untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk sekolah dan untuk kejayaan bidang akademik di Negeri Sembilan.


Wednesday, September 10, 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 yang dilancarkan pada 25 Ogos 2014 yang lalu diteruskan lagi pada hari ini dengan pameran hasil karya pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights yang kreatif dan inovatif. Antara item yang dipamerkan adalah produk daripada barang terbuang yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1, pameran permainan tradisional, pakaian tradisional, dan hasil panitia-panitia pendidikan seni visual, sejarah, geografi, pendidikan sivik dan kewarganegaraan serta pendidikan moral.

Tuan pengetua melawat pameran diiringi oleh Ketua Bidang Kemanusiaan dan pelajar-pelajar berpakaian tradisional.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mengikut panitia mata pelajaran di sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tahun ini adalah seperti berikut:
Panitia Sejarah - Nyanyian lagu patriotik, Kuiz, Lakonan, Demonstrasi,, Demonstrasi Sajak dan Permainan Tradisional.

Panitia Geografi - Penghasilan produk dari barang terbuang, Puzzle, Kuiz
Panitia Pendidikan Seni Visual - Pasu dan plastisin, Cetakan, Kolaj dan Batik.
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - Penghasilan buku skrap berkaitan kemerdekaan.
Panitia Pendidikan Moral - Penghasilan pokok nilai-nilai murni dan klip video.

Turut diadakan adalah  pertandingan antara kumpulan-kumpulan pelajar.



Sekalung tahniah kepada Puan Norlia binti Manaf, Ketua Bidang Kemanusiaan yang baru yang telah mengadakan acara sambutan bulan kemerdekaan yang begitu menarik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru di bawah panitia-panitia mata pelajaran di bawah bidang kemanusiaan yang memberikan kerjasama yang amat baik bagi menjayakan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.



Friday, August 29, 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Borhan, Penolong Kanan HEM

Hari ini SMK Senawang 3 aka SMK Taman Forest Heights mengadakan majlis persaraan Penolong Kanan HEM iaitu Tuan Haji Borhan bin Hashim yang memilih bersara wajib pada usia 58 tahun. Majlis yang penuh bersejarah ini telah diadakan di Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights bermula jam 10.45 pagi. Majlis yang dinamakan Sekalung Budi Sejambak Kasih ini dimulakan dengan upacara menanam pokok di hadapan pintu masuk utama Dewan Seri Siantan oleh Tuan Haji Borhan yang banyak berjasa dalam membina landskap sekolah.

Kemudian, diadakan sesi bergambar kenangan bersama guru-guru dan staf sokongan di foyer dewan. 
Selepas itu acara selanjutnya diteruskan di dalam Dewan Seri Siantan. Setelah bacaan doa disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Amin bin Kalam, Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, bacaan biodata oleh Puan Norazlina Ahmad diikuti persembahan multimedia tentang kerjaya dan sejarah Tuan Haji Borhan dari tahun 1978 sehingga 2014. Acara seterusnya adalah ucapan oleh tuan pengetua diikuti dengan ucapan perpisahan oleh Tuan Haji Borhan. 
Seterusnya penyampaian cenderamata daripada Kelab Staf, PIBG dan kelas-kelas kepada Tuan Haji Borhan diikuti dengan upacara memotong kek hari lahir dan nyanyian lagu Allah Selamatkan Kamu yang diketuai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 UIAM.

Haji Borhan memotong kek hari lahir

Send off dengan kereta berhias
Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Bertemu dan Berpisah dan upacara send off. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih Tuan Haji Borhan di atas sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit dalam membangunkan sahsiah cemerlang pelajar-pelajar SMK Senawang 3 / SMK Taman Forest Heights sepanjang 6 tahun berkhidmat di sekolah ini. Selamat Bersara! 
Mulai hari ini saya bergelar YB (Yang Bersara)

Tuesday, August 19, 2014

Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik dan Perasmian Lorong PPDa

Pada hari Isnin 18 Ogos 2014 SMK Taman Forest Heights telah menempa satu sejarah iaitu perasmian Minggu Sains dan Matematik dan majlis perasmian Lorong PPDa sekolah. Minggu Sains dan Matematik telah dirasmikan oleh Haji Hamidon bin Haji Khalid Pengetua SMKTFH manakala Lorong PPDa telah dirasmikan oleh Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadaha (PPDa) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.



Wednesday, August 13, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 telah diadakan pada Jumaat 8 Ogos 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK Taman Forest Heights. Sambutan Hari Raya Tahun 2014 ini menempa sejarahnya tersendiri kerana ini adalah kali pertama ia diadakan di premis SMK Senawang 3 setelah tujuh tahun berturut-turut sejak penubuhannya, majlis diadakan di bangunan tumpang di SMK Senawang Taman Marida.
Cikgu Phok Sim Nam selaku Pengerusi Kelab Staf SMKTFH telah mengacarakan majlis sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Staf SMKTFH yang terdiri daripada guru-guru dan staf sokongan yang telah berjayakan mengadakan majlis ini dengan jayanya. Majlis pada tahun ini turut menjemput AJK PIBG Sesi 2014-2015 sebagai tetamu undangan.
Pelajar-pelajar telah menjayakan sambutan pada tahun ini dengan menyampaikan persembahan yang menarik, Tahniah dan syabas.
Selain daripada jamuan, turut diadakan kuiz tentang hari raya aidil fitri. Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dihadiahkan dengan  duit raya.

Monday, August 4, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Majlis Anugerah Cemerlang PPT 2014 telah diadakan di Dataran Cendekiawan / Dataran Perhimpunan SMK Senawang 3@ Taman Forest Heights pada perhimpunan rasmi 4 Ogos 2014.




Majlis turut menyampaikan cenderamata kepada sepuluh orang pelajar elit Tingkatan 3 yang berpotensi mendapat semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3, PT3 tahun 2014.

Monday, March 3, 2014

Pelancaran Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee 2014

Majlis pelancaran Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee bagi tahun 2014 tealah disempurnakan oleh tuan pengetua pada hari ini, Isnin 3 Mac 2014 di Dataran Ilmuwan, SMK Taman Forest Heights.


Dalam ucapannya, tuan pengetua mengingatkan pelajar perkara terpenting sekali adalah menyayangi diri sendiri dengan membentuk sahsiah yang cemerlang dan tidak mengarahkan diri ke arah sesuatu yang dapat membinasakan diri sendiri misalnya merokok yang jelasnya telah difatwakan sebagai haram kerana ia dapat memudartkan diri sendiri. Seterusnya pelajar hendaklah menyanyangi ibu bapa, guru-guru, masyarakat setempat, negeri dan negara.
Pn. Halimahton Mohd Yusof menerima senarai mentee dari 2USM

Pn.Hjh Azlifah Abu Bakar menerima senarai mentee dari 3UITM
Seterusnya tuan pengetua telah menyerahkan senarai mentee kepada mentor masing-masing supaya para mentor dapat membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain mentee seperti membuat keputusan, dan menghadapi tekanan.

Monday, February 24, 2014

Majlis Watikah Pelantikan PSS dan PRS Tahun 2014

Majlis watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, PSS dan Pembimbing Rakan Sebaya, PRS telah diadakan di Dataran Ilmuwan / Dataran Perhimpunan Sekolah pada perhimpunan rasmi hari ini. 


Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah terpilih ke jawatan tersebut dan berharap pengawas dan pembimbing yang dilantik dapat membantu pengurusan sekolah dan guru-guru meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kecemerlngan sahsiah.


Monday, February 3, 2014

Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Tahun 2014

Majlis penganugerahan watikan pelantikan pengawas sekolah Sesi 2014 dan 2015 telah diadakan di Dataran Ilmuwan / Dataran Perhimpunan SMK Taman Forest Heights. Tahniah diucapkan kepada semua 27 orang pelajar yang telah menerima watikah pelantikan tersebut. Dalam ucapannya, Tuan Pengetua berharap semua 27 orang pengawas yang mewakili Pengetua dan semua guru dapat membantu meningkatkan tahap disiplin pelajar-pelajar SMK Taman Forest Heights sesuai dengan hala tuju sekolah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah cemerlang. Hasrat inu selari dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pembinaan modal insan.



Senarai semua 27 orang pengawas sekolah yang telah diberi watikah pelantikan adalah seperti berikut:
  1. Janatul Naim bin Mohd Noor - Ketua Pengawas
  2. Muhd Mukhriz nin Shahrulnizam
  3. Muhd Nur Khafiq bin Zulkhairi
  4. Amirul Redzuan bin Osman
  5. Aiman Hafiz bin Mohd Misbah
  6. Mohd Akmal Danish bin Faizal
  7. Mohd Hadi bin Nasruddin
  8. Mohamad Hizzarul Yasriq bin Yusri
  9. Abdul Majid bin Saiful Khalid - Exco Perhimpunan
  10. Muhammad Aiman Iqmal bin Mustafa
  11. Denees a/l Shutagaran - Exco Keselamatan
  12. Nur Al Imran bin Ujang - Exco Disiplin
  13. Riezman Shah bin Mohd Aris - Exco Penerangan
  14. Wan Amira binti Hamid
  15. Sofrina binti Adam Malik 
  16. Nur Fatihah binti Azman
  17. Nurul Shamira binti Kamarudin
  18. Nur Camelia binti Hanif
  19. Nur Syazwani binti Amran
  20. Nurellis Sofia binti Muhamad Halim - Penolong Ketua Pengawas
  21. Nurina Inani binti Khairuddin - Bendahari
  22. Aina Syamimi Farhana binti Norshidi - Setiausaha
  23. Vinosha a/p Sanmuga Suntharam: Exco Blok
  24. Nur Husnina binti Mat Azlan
  25. Batrisya Al-Najwa binti Sahar
  26. Mohd Lokman Norhakim bin Abdul Rahman
  27. Mohd Hakim bin Mohd Johar


Saturday, February 1, 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1435H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun hijrah 1435 telah diadakan di Surau An-Nur, SMK Taman Forest Heights. Ceramah Maulidur Rasul elah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Negeri Sembilan.


Wednesday, January 29, 2014

Pelancaran Program NILAM Tahun 2014

Majlis pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada Isnin, 27 Januari 2014 bertempat di Pusat Sumber Sekolah.


Wednesday, January 22, 2014

Gotong Royong Perdana Pertama Tahun 2014

Program Gotong-Royong Perdana telah dijalankan pada hari Rabu, 22 Januari 2014. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh menceriakan sekolah dan mempastikan sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk pembelajaran. 

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Borhan
Pelajar SMKTFH yang tekun mendengar

Rajin dan bertanggungjawab

Tahniah...Good Job

Pelajar yang komited kepada sekolah
Lebih banyak gambar kenagan sepanjang program ini berlangsung boleh dilihat di Facebook Sekolah.

Tuesday, January 21, 2014

Perjumpaan 1M1S Pertama Tahun 2014

Program 1Murid 1Sukan, 1M1S pertama bagi SMK Taman Forest Heights aka SMK Senawang 3 telah diadakan pada Selasa, 21 Januari 2014. Memandangkan bilangan pelajar sekolah kita belum ramai lagi iaitu 242 orang, maka pihak pengurusan sekolah telah menetapkan lima sukan teras di bawah program 1M1S Kementerian Pendidikan Malaysia ditawarkan kepada pelajar-pelajar. Lima jenis sukan permainan yang ditawarkan adalah badminton, sepak takraw, softball (bola lisut), bola keranjang, dan bola jaring. Setiap permainan ditetapkan terdiri daripada maksima 50 orang ahli sahaja,

Bola jaring

Softball
Pada pertemuan kali pertama ini, pengundian untuk pelantikan ahli jawatankuasa permainan telah dibuat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terpilih sebagai AJK. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada guru-guru yang dilantik sebagai guru pembimbing. Mulai tahun 2014, pihak sekolah menetapkan wawasan untuk cemerlang dalam bidang permainan softball. Inisiatif telah dimulakan dengan membeli peralatan lengkap yang diperlukan dalam permainan ini. Insya Allah, komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru akan dapat merealisaikan impian ini.

Bola Keranjang

Badminton

Sepak Takraw



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...